Ahad, Jun 19

Taklimat Pengurusan Kontrak Kawalan Keselamatan dan Pembersihan Sekolah-Sekolah Daerah Timur Laut

TAKLIMAT PENGURUSAN KONTRAK KAWALAN KESELAMATAN
DAN PEMBERSIHAN SEKOLAH-SEKOLAH DAERAH TIMUR LAUT.

Kepada Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah di Daerah Timur Laut  

Sukacita dimaklumkan satu taklimat berkenaan perkara di atas
akan diadakan seperti tarikh dan masa seperti berikut:\

Tarikh : 28 Jun 2011
Masa : 8.30 pagi hingga 1.00 petang
Tempat : Dewan Kuliah Sekolah Menengah Kebangsaan (L ) Methodist
Jalan Air Itam, Pulau Pinang.

Taklimat ini dikelolakan oleh Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut bersama
Pejabat Audit Dalam KPM dengan Pengetua dan Guru Besar.

Rabu, April 6

Taklimat Pelaksanaan Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2010

Alhamdulillah,
Tahniah untuk urusetia Taklimat Pelaksanaan Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2010--Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut yang telah berjalan dengan lancarnya pada hari ini  : 06.04.2011 di Dewan Perdana SMK ( P ) St. George. Majlis ini telah dirasmikan oleh  Pn. Hjh Nor Azizah Haron , Penolong Pegawai  Pelajaran Daeah Timur Laut.Taklimat tersebut telah dihadiri seramai  350 kakitangan sekolah terdiri dari Pengetua, Guru Besar, Penolong Kanan Pentadbiran dan Pembantu Tadbir Sekolah.


Sekalung budi dari  kami untuk Pn. Azni Abd. Hamid, Akauntan  serta  barisan staf  Unit Akaun  JPNPP, En. Abdul Hamid Ibrahim, Sektor Jaminan Kualiti JPNPP, Pn Zurainii Ketua Audit Sekolah Negeri Pulau Pinang,  Pn Syarifah Afifah Bt Syed Abbas, Pengetua SMK ( P ) St.  George, Pn Latipah Hassan, KPT SMK ( P) , barisan k/tangan  SMK ( P) St.George,  En Zainol Amil ( Penyelaras Taklimat ) dan barisan Jurulatih Utama Sekolah Daerah Timur Laut turut menyumbang idea dan tenaga untuk menjayakan taklimat ini.Terima kasih untuk Ustaz Radzuan Osman , Pegawai J-Qaf  PPDTL membuka majlis dengan bacaan DOA.Tak lupa juga buat barisan pengacara majlis Pn Hadbah Hashim dan Pn Zainab Hj Ali Pegawi dari PPDTL.
TERIMA KASIH BUAT SEMUA DARIPADA  KAMI DI UNIT KEWANGAN PPDTL

Selasa, April 5

TAKLIMAT SURAT PEKELILING KEWANGAN BIL.8 TAHUN 2010

TAKLIMAT TERSEBUT AKAN DIADAKAN UNTUK SEKOLAH SEKOLAH DAERAH TIMUR LAUT
(GARIS PANDUAN PENGURUSAN PERUNTUKAN BANTUAN PERSEKOLAHAN KEPADA SEKOLAH BERDASARKAN PER KAPITA MURID)    
  
 PADA ; RABU 06.04.2011
 MASA ; 8.00PAGI-5.00PTG
TEMPAT ; SMK ( P ) ST. GEORGE
                  JALAN MACALISTER
                 (  DEWAN PERDANA ) 
SETIAP SEKOLAH TIGA ORANG WAKILWAJIB HADIR TERDIRI DARI PENGETUA/ GURU BESAR,
PENOLONG KANAN PENTADBIRAN DAN PEMBANTU TADBIR .

Isnin, Mac 14

Tahniah & Selamat Datang

Untuk Pn Nafisyah Binti Ismail yang telah dinaikan pangkat dari Penolong Akauntan W27 ke jawatan Penolong Akauntan W32. Kini beliau ditempatkan sebagai Penolong AkauntanW32 di Unit Kewangan.Pejabat Pelajaran Daerah Timur Laut. Sebelum ini beliau bertugas di Unit Kewangan Maktab Perguruan Tuanku Bainun  Bukit Mertajam..Kami warga PPDTL mengucapkan selamat datang dan selamat bertugas kepada beliau,semoga gembira menjadi sebahagian  daripada keluarga PPDTL.